tabs

Blogger Widgets

Jumaat, 7 Julai 2017

LAMAN UTAMA

Serai Mas Herbs telah ditubuhkan pada tahun 2005 diatas impian dan inspirasi Pengarah Urusan Syarikat Puan Sunita Bibi Binti Ali Akhbar. Menyedari hakikat bahawa sektor makanan tambahan bagi tujuan kesihatan dan juga produk kosmetik serta kecantikan amat menggalakkan, maka syarikat mula beroperasi pada tahun 2005 dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu.

                    Syarikat ini mengendalikan aktiviti perniagaan berasaskan herba dan juga menitikberatkan pemakanan sunnah yang telah diketahui begitu hebat dalam membantu mendapatkan kesihatan yang terbaik. Syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada tarikh 22 Julai 2005. Dengan kejayaan cemerlang yang telah diperolehi sepanjang penglibatan syarikat dalam bidang ini, maka Serai Mas kini beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor.